Sunday, November 28, 2010

HBMT2103


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBMT 2103 : TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO


SEMESTER SEPTEMBER 2010
TUGASAN KURSUS
Tutor
Name : ZAITUN BT OTHMAN
 Email : zaitun62@oum.edu.my

NAMA :MOHD ZAIDI BIN AB. MANAF
NO MATRIK:810714035841002
NO HP : 019-3042707
  PPU : OUM SHAH ALAM

Thursday, November 18, 2010

My Task



Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog.
Penyalah tafsiran konsep Kandungan (kapasiti) kemungkinan berlaku semasa pengajaran topik isipadu cecair terutamanya apabila membuat perbandingan antara dua bekas mana yg boleh diisi lebih. Pelajar lebih cenderung utk memilih bekas yg lebih tinggi.
Cari 1 video dr internet menunjukkan bagaimana isipadu cecair disukat
buat (2) BBB yang boleh digunapakai bagi membantu murid tahun 2 memahami secara jelas bagaimana isipadu cecair disukat
Menggunakan BBB yg dibina,anda dikehendaki membina 2 aktiviti, bagi murid yang berprestasi tinggi dan rendah. 

Wednesday, November 17, 2010

PENGENALAN

Mengajar topik Isipadu dan cecair sebenarnya mudah sekiranya murid -murid faham konsep tentang isipadu cecair. Murid - murid biasanya selalu tersalah tafsir konsep kandungan (kapasiti). Ianya kemungkinan berlaku semasa pengajaran topik isipadu cecair terutamanya apabila membuat perbandingan antara dua bekas mana yg boleh diisi lebih. Pelajar lebih cenderung utk memilih bekas yg lebih tinggi.  Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur menggunakan unit bukan piawai dan  unit piawai dalam millimeter dan liter dalam sistem matriks.
         Contoh yang terbaik boleh dilihat di dalam video di bawah di mana kanak - kanak lebih cenderung memilih gelas yang lebih tinggi dan banyak dalam menentukan isipadu cecair itu lebih daripada. 









Video ini secara tak langsung dapat membantu guru dalam memperkenalkan sukatan isipadu cecair kepada murid supaya mereka dapat memahami dengan jelas dan membuat kesimpulan bahawa tinggi,lebar dan besar bukan penentu banyaknya isipadu cecair.

Tuesday, November 16, 2010

Video Pengajaran - Cara Menyukat Isipadu Cecair dengan Betul

Sila lihat dan dengar dengan teliti bagaimana cara - cara menyukat cecair /air dengan tepat dan betul.
 
Video ini menerangkan cara kita menyukat, membaca dan merekod isipadu cecair dengan betul dan tepat.
cara menyukat cecair dengan betul adalah:
1. Mula- mula selinder penyukat mestilah diletakan di permukaan yang rata.
2. kemudian tuangkan cecair kedalam selinder penyukat sehingga mendapat isipadu yang diperlukan.
3. Langkah seterusnya memeriksa atau membaca isipadu pada skala selinder penyukat.
4. Isipadu selinder penyukat haruslah dibaca pada garisan paling bawah di garisan melengkung (meniskus).
*Semasa membuat bacaan pada slinder penyukat, mata haruslah berada sama aras dengan garisan melengkung.

Monday, November 15, 2010

Bahan Bantu Mengajar

 

 

  • Alat Bantu Mengajar yang disediakan adalah alat  - alat yang mudah didapati serta biasa dilihat dipersekitaran murid -murid.
  • Alat - alat ini amat murah dan senang diperolehi. 
  • Jika guru memberikan tugasan dan tugasan tersebut haruslah dibuat dirumah, maka murid boleh dapati alat - alat tersebut dirumah.
  • Alat - alat ini tidak mudah rosak dan tahan lama.
  • Selain itu juga, alat - alat ini tidak membahayakan pengguna kerana ianya ringan dan diperbuat daripada plastik.

Sunday, November 14, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN MURID BERPRESTASI TINGGI

Objektif Pembelajaran : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai dan unit ukuran piawai.
 Guru menyediakan alat bantu mengajar yang telah direka untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu botol air mineral yang mempuanyai ruang isiapadu 500ml dan sebuah balang.


  • Mula-mula guru menerangkan cara menyukat isipadu dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
  • Murid- murid diminta melihat demontrasi yang dibuat guru.
  • Guru mengisi air di dalam balang dengan menggunakan botol air mineral tersebut sehingga penuh.
  • Semasa guru mengisi air mineral tersebut ke dalam balang, guru menyuruh murid mengira bersama-sama guru berapa kali kah air di dalam botol mineral di isi kedalam balang sehingga balang itu penuh.






Jawapan : 6 kali .
  • Kemudian guru menyediakan 6 botol mineral 500ml yang diisi dengan air. guru menyuruh murid mengisi kesepuluh -puluh air yang ada didalam botol mineral 500 ml kedalam balang. guru menyuruh murid memerhatikan apa yang akan berlaku.



 
  • Murid akan mengetahui bahawa ukuran 6 botol air  mineral 500ml sama isipadunya denagn 6 kali air mineral 500ml diisi di dalam balan.
  • Guru menegaskan bahawa 6 kali air di dalam botol mineral 500ml di isi kedalam balang sama dengan isipadu 6 botol air mineral 500m.
Di sini guru boleh membuat kesimpulan bahawa sebanyak 10 botol air mineral 500ml diperlukan untuk mengisi balang sehingga penuh. jadi isipadu sebuah balang tersebut adalah  :
500ml x 6 atau 500ml + 500ml + 500ml + 500ml + 500ml + 500ml   = 3000 ml
  • Oleh yang sedemikian, murid boleh mengira isipadu di dalam balang dengan menggunakan perkaitan unit ukuran bukan piawai untuk mengetahui isiapadu air di dalam balang. 
  • Tetapi guru haruslah tegaskan bahawa bahan yang digunakan mestilah mempunyai nilai isipadu yang tetap seperti botol air mineral 500ml.
  • Guru membahagikan murid di dalam 5 kumpulan dan memberikan alat bantu mengajar yang lain kepada murid untuk menyukat isipadu air di dalam bekas yang lain seperti baldi dan jug.
  • murid dikehendaki memnyukat dan merekodkan di dalam buku masing - masing.
  • murid menggunakan kaedah yang sama seperti yang telah diterangkan oleh guru untuk menyukat serta mencari isipadu cecair di dalam bekas -bekas yang disediakan.

Tugasan pertama.
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah baldi dengan menggunakan botol air mineral 1.5 l.




Tugasan kedua
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah jug dengan menggunakan botol air mineral 500ml.















Saturday, November 13, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN BAGI MURID BERPRESTASI RENDAH

Objektif  Pembelajaran : Menyukat dan merekod isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Guru menyediakan alat bantu mengajar yang telah direka untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu botol air mineral 500ml, cawan, gelas, bekas makanan, jug, baldi, balang sebagai alat bantu mengajar.
Sebagai penerangan bagi murid yang berprestasi rendah, menggunakan 2 alat yang berbeza sebagai unit ukuran bukan piawai untuk mengukur atau menyukat isipadu air di dalam jug iaitu cawan dan gelas.
Kaedah ini juga menegaskan semakain besar ruang yang terdapat di dalam alat yang digunakan, semakin banyak isipadu cecair yang boleh diisi.










  • Mula-mula guru mengisi jug air sehingga penuh dengan menggunakan cawan.
  • Murid diminta untuk mengira bersama - sama dengan guru berpa kali yang diperlukan untuk mengisi air di dalam jug menggunakan cawan.





jawapan 12 kali.
  • Guru menegaskan bahawa 12 kali air yang berada di dalam cawan yang diisi ke dalam jug bersamaan dengan 12 biji cawan yang mengandungi air.
  • Jadi sukatan untuk isipadu cecair di dalam jug adalah 12 biji cawan.
  • Selepas itu guru menggunakan gelas bagi menyukat isipadu jug tersebut. 
  • Guru meminta murid sekali lagi mengira berapa kali kah gelas yang berisi air perlu dituang untuk memnuhkan jug tersebut



jawapan 8 kali.
Ini bermakna dengan menggunakan gelas, isipadu air tersebut yang ada di dalam jug adalah sebanyak 8 buah gelas.
Persamaan yang boleh dibuat adalah isipadu air di dalam 12 biji cawan sama dengan isipadu cecair dalam 8 biji gelas.





Kemudian, dalam kumpulan berlima yang telah di buat oleh guru, murid - murid hendaklah menyukat isiapadu air yang boleh di isi di dalam baldi menggunakan bekas - bekas sukatan bukan piawai yang disediakan.
Tugasan Pertama:

Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah baldi dengan menggunakan botol air mineral.
 Tugasan kedua :
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah jug dengan menggunakan bekas makanan.




Friday, November 12, 2010

Video 2- MENYUKAT ISIPADU CECAIR YANG DIKEHENDAKI

Berhibur sambil belajar menyukat isipadu cecair
 
Video ini menerangkan cara bagaimana bacaan isipadu cecair itu dibuat oleh kacang hijau. selain itu pili paip menambah setiap sukatan isipadu sehingga mencapai isiapadu seperti yang dikehendakinya (600ml)

Thursday, November 11, 2010

Video 3-Menyukat Isipadu Dengan Menggunakan Pelbagai Alat penyukat


Video ini menerangkan cara yang tepat menyukat selinder dengan pelbagai alat - alat penyukat isipadu cecair seperti Selinder Penyukat, Pipets dan Burets.

Wednesday, November 10, 2010