Sila lihat dan dengar dengan teliti bagaimana cara - cara menyukat cecair /air dengan tepat dan betul.
Video ini menerangkan cara kita menyukat, membaca dan merekod isipadu cecair dengan betul dan tepat.
cara menyukat cecair dengan betul adalah:
1. Mula- mula selinder penyukat mestilah diletakan di permukaan yang rata.
2. kemudian tuangkan cecair kedalam selinder penyukat sehingga mendapat isipadu yang diperlukan.
3. Langkah seterusnya memeriksa atau membaca isipadu pada skala selinder penyukat.
4. Isipadu selinder penyukat haruslah dibaca pada garisan paling bawah di garisan melengkung (meniskus).
*Semasa membuat bacaan pada slinder penyukat, mata haruslah berada sama aras dengan garisan melengkung.
No comments:
Post a Comment