Wednesday, November 17, 2010

PENGENALAN

Mengajar topik Isipadu dan cecair sebenarnya mudah sekiranya murid -murid faham konsep tentang isipadu cecair. Murid - murid biasanya selalu tersalah tafsir konsep kandungan (kapasiti). Ianya kemungkinan berlaku semasa pengajaran topik isipadu cecair terutamanya apabila membuat perbandingan antara dua bekas mana yg boleh diisi lebih. Pelajar lebih cenderung utk memilih bekas yg lebih tinggi.  Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur menggunakan unit bukan piawai dan  unit piawai dalam millimeter dan liter dalam sistem matriks.
         Contoh yang terbaik boleh dilihat di dalam video di bawah di mana kanak - kanak lebih cenderung memilih gelas yang lebih tinggi dan banyak dalam menentukan isipadu cecair itu lebih daripada. 









Video ini secara tak langsung dapat membantu guru dalam memperkenalkan sukatan isipadu cecair kepada murid supaya mereka dapat memahami dengan jelas dan membuat kesimpulan bahawa tinggi,lebar dan besar bukan penentu banyaknya isipadu cecair.

No comments:

Post a Comment