Sunday, November 14, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN MURID BERPRESTASI TINGGI

Objektif Pembelajaran : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai dan unit ukuran piawai.
 Guru menyediakan alat bantu mengajar yang telah direka untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu botol air mineral yang mempuanyai ruang isiapadu 500ml dan sebuah balang.


  • Mula-mula guru menerangkan cara menyukat isipadu dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
  • Murid- murid diminta melihat demontrasi yang dibuat guru.
  • Guru mengisi air di dalam balang dengan menggunakan botol air mineral tersebut sehingga penuh.
  • Semasa guru mengisi air mineral tersebut ke dalam balang, guru menyuruh murid mengira bersama-sama guru berapa kali kah air di dalam botol mineral di isi kedalam balang sehingga balang itu penuh.






Jawapan : 6 kali .
  • Kemudian guru menyediakan 6 botol mineral 500ml yang diisi dengan air. guru menyuruh murid mengisi kesepuluh -puluh air yang ada didalam botol mineral 500 ml kedalam balang. guru menyuruh murid memerhatikan apa yang akan berlaku.



 
  • Murid akan mengetahui bahawa ukuran 6 botol air  mineral 500ml sama isipadunya denagn 6 kali air mineral 500ml diisi di dalam balan.
  • Guru menegaskan bahawa 6 kali air di dalam botol mineral 500ml di isi kedalam balang sama dengan isipadu 6 botol air mineral 500m.
Di sini guru boleh membuat kesimpulan bahawa sebanyak 10 botol air mineral 500ml diperlukan untuk mengisi balang sehingga penuh. jadi isipadu sebuah balang tersebut adalah  :
500ml x 6 atau 500ml + 500ml + 500ml + 500ml + 500ml + 500ml   = 3000 ml
  • Oleh yang sedemikian, murid boleh mengira isipadu di dalam balang dengan menggunakan perkaitan unit ukuran bukan piawai untuk mengetahui isiapadu air di dalam balang. 
  • Tetapi guru haruslah tegaskan bahawa bahan yang digunakan mestilah mempunyai nilai isipadu yang tetap seperti botol air mineral 500ml.
  • Guru membahagikan murid di dalam 5 kumpulan dan memberikan alat bantu mengajar yang lain kepada murid untuk menyukat isipadu air di dalam bekas yang lain seperti baldi dan jug.
  • murid dikehendaki memnyukat dan merekodkan di dalam buku masing - masing.
  • murid menggunakan kaedah yang sama seperti yang telah diterangkan oleh guru untuk menyukat serta mencari isipadu cecair di dalam bekas -bekas yang disediakan.

Tugasan pertama.
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah baldi dengan menggunakan botol air mineral 1.5 l.




Tugasan kedua
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah jug dengan menggunakan botol air mineral 500ml.















No comments:

Post a Comment