Saturday, November 13, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN BAGI MURID BERPRESTASI RENDAH

Objektif  Pembelajaran : Menyukat dan merekod isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Guru menyediakan alat bantu mengajar yang telah direka untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu botol air mineral 500ml, cawan, gelas, bekas makanan, jug, baldi, balang sebagai alat bantu mengajar.
Sebagai penerangan bagi murid yang berprestasi rendah, menggunakan 2 alat yang berbeza sebagai unit ukuran bukan piawai untuk mengukur atau menyukat isipadu air di dalam jug iaitu cawan dan gelas.
Kaedah ini juga menegaskan semakain besar ruang yang terdapat di dalam alat yang digunakan, semakin banyak isipadu cecair yang boleh diisi.










  • Mula-mula guru mengisi jug air sehingga penuh dengan menggunakan cawan.
  • Murid diminta untuk mengira bersama - sama dengan guru berpa kali yang diperlukan untuk mengisi air di dalam jug menggunakan cawan.





jawapan 12 kali.
  • Guru menegaskan bahawa 12 kali air yang berada di dalam cawan yang diisi ke dalam jug bersamaan dengan 12 biji cawan yang mengandungi air.
  • Jadi sukatan untuk isipadu cecair di dalam jug adalah 12 biji cawan.
  • Selepas itu guru menggunakan gelas bagi menyukat isipadu jug tersebut. 
  • Guru meminta murid sekali lagi mengira berapa kali kah gelas yang berisi air perlu dituang untuk memnuhkan jug tersebut



jawapan 8 kali.
Ini bermakna dengan menggunakan gelas, isipadu air tersebut yang ada di dalam jug adalah sebanyak 8 buah gelas.
Persamaan yang boleh dibuat adalah isipadu air di dalam 12 biji cawan sama dengan isipadu cecair dalam 8 biji gelas.





Kemudian, dalam kumpulan berlima yang telah di buat oleh guru, murid - murid hendaklah menyukat isiapadu air yang boleh di isi di dalam baldi menggunakan bekas - bekas sukatan bukan piawai yang disediakan.
Tugasan Pertama:

Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah baldi dengan menggunakan botol air mineral.
 Tugasan kedua :
Dengan menggunakan kaedah yang di ajar, cari isipadu air bagi sebuah jug dengan menggunakan bekas makanan.




No comments:

Post a Comment